|
|
|
Program Komuniti Usahawan Digital |
|
Disediakan oleh Jabatan Pembangunan Sistem Maklumat
|
Tujuan Meningkatkan keupayaan dan pengetahuan usahawan Bumiputera dan masyarakat tempatan dalam penggunaan aplikasi ICT dan E-Dagang dalam perniagaan dan kehidupan seharian.
Objektif : Menyediakan platform kepada usahawan dan masyarakat setempat untuk melaksanakan aktiviti pengenalan perkara-perkara asas tentang ICT. Mendedahkan usahawan dan masyarakat setempat berkenaan penggunaan aplikasi yang berfaedah kepada perniagaan dan kehidupan seharian seperti penggunaan internet, pembinaan laman web, pembayaran secara on-line dan penggunaan teknologi terkini dalam komunikasi. Membuka peluang kepada Bumiputera supaya terlibat dalam perniagaan dan kemahiran dalam membaikpulih telefon bimbit. Membudayakan usahawan setempat agar memanfaatkan ICT untuk memperkembangkan dan meningkatkan kecekapan dalam urusan perniagaan.
GIATMARA yang terlibat :
Program Komuniti Usahawan Digital akan dilaksanakan di 30 GIATMARA (GM) yang telah dipilih. GM yang terlibat adalah seperti berikut: - GIATMARA Arau, Perlis
- GIATMARA Kangar, Perlis
- GIATMARA Jitra, Kedah
- GIATMARA Alor Setar, Kedah
- GIATMARA Prima Tasek Gelugor, P. Pinang
- GIATMARA Tanjung, P. Pinang
- GIATMARA Nibung Tebal, P. Pinang
- GIATMARA Ipoh Timur, Perak
- GIATMARA Parit, Perak
- GIATMARA Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
- GIATMARA Segambut, W.P. Kuala Lumpur
- GIATMARA Sabak Bernam, Selangor
- GIATMARA Rasah, Negeri Sembilan
- GIATMARA Bukit Katil, Melaka
- GIATMARA Kota Melaka, Melaka
- GIATMARA Prima Tanjung Agas, Johor
- GIATMARA Kluang, Johor
- GIATMARA Kulai, Johor
- GIATMARA Parit Sulong, Johor
- GIATMARA Batu Pahat, Johor
- GIATMARA Tumpat, Kelantan
- GIATMARA Machang, Kelantan
- GIATMARA Batu Buruk, Terengganu
- GIATMARA Besut, Terengganu
- GIATMARA Kuantan, Pahang
- GIATMARA Gaya, Sabah
- GIATMARA Penampang, Sabah
- GIATMARA Tuaran, Sabah
- GIATMARA Bandar Kuching, Sarawak
- GIATMARA Petra Jaya, Sarawak
Peserta
Kelayakan peserta ( Kumpulan Sasaran )
Usahawan Bumiputera yang mendapat bantuan atau pembiayaan MECD dan agensi-agensi di bawahnya seperti menerusi program-program TEKUN, pembangunan francais, perabut, pengangkutan dan sebagainya. Lepasan Pelatih GIATMARA yang telah membuka perniagaan. Syarikat-syarikat koperasi Penduduk setempat yang berminat.
Pendaftaran
Peserta yang berminat perlu membuat pendaftaran di Pusat GIATMARA yang melaksanakan PKUD dengan mengisi Rujuk Lampiran 1 : Borang GM (A) 017 Yuran pendaftaran tidak melebihi RM 30.00 setiap peserta.
|
|
|
|