Carian Kursus

Pengumuman

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sebutharga

PROGRAM MEMBASMI KEMISKINAN
Disediakan oleh Program Khas   

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN GIATMARA

TAFSIRAN DAN SASARAN

MISKIN TEGAR

PENDAPATAN :

  • RM 440.00/Sebulan seisi keluarga (5 orang)

Status penduduk Malaysia yang dalam kategori miskin tegar adalah pada kadar 1.2% sehingga tahun 2009, Hasrat kerajaan untuk mencapai miskin tegar sifar (0%) pada tahun 2010.
MISKIN KESELURUHAN
PENDAPATAN:
  • Semenanjung ialah RM 720.00/Sebulan
  • Sarawak ialah RM 830.00/Sebulan
  • Sabah ialah RM 960.00/Sebulan
Status penduduk Malaysia yang dalam kategori miskin keseluruhan adalah pada kadar 5.7% sehingga tahun 2009, Hasrat Kerajaan untuk membasmi kemiskinan keseluruhan ini ialah pada kadar 2.8% pada tahun 2010.
 

KUMPULAN SASARAN

  1. Ketua Isi Rumah Miskin Keseluruhan dan Miskin Tegar
  2. Ibu Tunggal
  3. Ahli Isi Rumah
  4. Orang Kurang Upaya 
  • * Pemilihan berdasarkan senarai yang berdaftar melalui e-kasih, pendaftaran e-kasih boleh di buat melalui laman web https://www.ekasih.gov.my

 

PAKEJ LATIHAN


  • PAKEJ 1

LATIHAN MENJANA PENDAPATAN
  • Latihan Jangka Pendek (6hari/5malam secara in-house)
  • Bayaran Yuran Kursus secara percuma
  • Wang gantian harian sebanyak RM 35.00/hari
  • Kos Perjalanan pergi/balik ke tempat kursus:
RM 50.00 - RM 60.00 bagi Semenanjung
RM 100.00 - RM 120.00 bagi Sabah & Sarawak
  • Penginapan dan Makan/Minum Disediakan sepenuhnya
  • Basic "Tools Kit"  diberi selepas peserta berjaya menamatkan sesi kursus
*Anggaran kos bagi setiap peserta ialah RM 2,000.00 - RM 3,000.00
  •  PAKEJ 2

LATIHAN KEMAHIRAN MEMBERI PELUANG PEKERJAAN
  • Latihan jangka panjang melebihi 1 bulan untuk setiap sesi
  • Latihan akan dilaksanakan di industri/syarikat/entiti pengusaha yang terpilih
  • Bayaran Yuran Kursus secara percuma
  • Wang gantian sebanyak RM 210.00/sebulan
  • Kos Perjalanan pergi/balik ke tempat kursus:
RM 50.00 - RM 60.00 bagi Semenanjung
RM 100.00 - RM 120.00 bagi Sabah & Sarawak
  • Penginapan dan Makan/Minum disediakan sepenuhnya
  • Basic "Tools Kit" diberi selepas peserta bagi kursus tertentu 
*Anggaran kos bagi setiap peserta ialah RM 4,000.00 

  • PAKEJ 3
GIATMARA DEKAT RAKYAT
  • Program/aktiviti Khidmat Masyarakat
  • Pakej yang disediakan :
  • Membaiki Rumah
  • Membaiki Infrastruktur
  • Membaiki Kelengkapan Barangan Elektrik & Elektronik
  • Membaiki Kenderaan
  • Membaiki Mesin
 *Anggaran kos untuk setiap peserta/sesisi rumah ialah RM 8,000.00
 
Icon G-SPel
 
e-Perolehan GIATMARA
 
Email Anggota Kerja GIATMARA
 
G-SPel Training

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login








Lost Password?
© 2009 GIATMARA Malaysia