Carian Kursus

Pengumuman

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sebutharga

ANUGERAH IJAZAH DOKTOR KEHORMAT
Disediakan oleh Administrator   
Anugerah Ijazah Kehormat

PROGRAM PENSIJILAN KEMAHIRAN WARISAN

(PENGANUGERAHAN IJAZAH DOKTOR KEHORMAT TEKNOLOGI KEMAHIRAN WARISAN)

 

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Kursus Pembuatan Kapal Layar Tradisional Terengganu yang telah berlangsung pada 11 Januari 2009 di Pulau Duyong yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada ketika itu, Yang Berhormat Dato’ menyarankan agar GIATMARA bekerjasama dengan UniKL untuk bersama-sama memelihara dan memulihara seni kemahiran warisan.

Sebagai permulaan, seni kemahiran warisan yang dipilih dalam program ini ialah seni kemahiran membina bot kayu secara tradisional.  Tuan Hj. Abdullah Bin Muda, tukang bot terkenal dari Pulau Duyong dicadangkan diberi pengiktirafan pada tahap yang sepatutnya sebagai pakar dalam bidang pembinaan bot secara tradisional dan melaksanakan proses knowledge transfer kepada lapisan muda. Program yang dijalankan bukan sahaja melibatkan pembinaan kapal layar secara fizikal tetapi turut melibatkan proses pembangunan dokumen kurikulum dalam bentuk penulisan dan audio visual yang pastinya amat berharga untuk memelihara dan memulihara seni kemahiran warisan berzaman ini.

 

Bertitik tolak daripada saranan tersebut satu Jawatankuasa Kerja Program Pensijilan Kemahiran Warisan dan Pensijilan Profesional telah ditubuhkan. Ahli Jawatankuasa Kerja tersebut terdiri daripada anggota kerja GIATMARA dan dibantu oleh dua orang Penasihat Teknikal daripada UniKL iaitu Dr. Mazliham bin Mohd. Su’ud dan Prof. Madya Haro bin Abas.

Program ini merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh GIATMARA dan UniKL dalam usaha untuk memartabatkan dan memelihara seni kemahiran warisan. Melalui pensijilan ini, individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam sesuatu bidang seni kemahiran warisan bukan sahaja akan diktiraf kepakarannya tetapi juga dipelihara kemahirannya agar dapat diwarisi dan diteruskan oleh generasi pelapis.

Hasil daripada kesungguhan dan kerja keras yang diberikan tanpa mengenal penat jemu, pada tarikh keramat  16 September 2009, Mesyuarat SENAT UniKL telah meluluskan cadangan penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Teknologi Kemahiran Warisan kepada Tuan Haji Abdullah bin Muda.

Kemuncak kejayaan telah diraikan bersama dalam Majlis Konvokesyen UniKL ke 6 pada 11 Oktober 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya (PICC). Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah DK.,SSAP.,SIMP.,DK(Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ.,PAT.

Sekalung tahniah dan syabas! kepada Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, pihak pengurusan GIATMARA, Jawatankuasa Pelaksana Program Pensijilan Kemahiran Warisan dan Pensijilan Profesional yang telah bertungkus lumus  merealisasikan program yang pertama seumpamanya di Negara ini.

Anugerah Haji Lah

 Keratan Akhbar Berita Harian

 

 

 
Icon G-SPel
 
e-Perolehan GIATMARA
 
Email Anggota Kerja GIATMARA
 
G-SPel Training

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login








Lost Password?
© 2009 GIATMARA Malaysia