|
|
|
Lawatan Johan Qariah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-51 ke Ibu Pejabat GIATMARA |
Lawatan Johan Qariah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-51 ke Ibu Pejabat GIATMARA
GIATMARA amat berbesar hati menerima kunjungan Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-51 ke Ibu Pejabat GIATMARA.
Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman, berketurunan Melayu – Yaman yang berasal dari Ipoh, Perak ini melawat Ibu Pejabat GIATMARA pada 14 Ogos 2009 jam 11.00 pagi.
Anggota kerja GIATMARA berkesempatan untuk beramah mesra dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau menjadi johan qariah dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ini.
Semoga lawatan beliau dapat menjadi role model dan inspirasi kepada anggota kerja GIATMARA untuk berjaya di peringkat antarabangsa.
|
|
|
|