Carian Kursus

Pengumuman

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sebutharga

Majlis Penyampaian Kit/Peralatan Program Basmi Kemiskinan dan Penyampaian Hadiah Karnival dan Gimik


Majlis Penyampaian Kit/Peralatan Program Basmi Kemiskinan dan Penyampaian Hadiah Karnival dan Gimik GIATMARA Negeri Sarawak 2009

Majlis Penyampaian Kit/Peralatan Program Basmi Kemiskinan dan Penyampaian Hadiah Karnival Inovasi Rekacipta dan Gimik GIATMARA Negeri Sarawak 2009 telah diadakan pada 8 Ogos 2009 bertempat di Dewan SJK Tong Ah, Selangau, Sarawak. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Joseph Entulu Belaun, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
     
     Pada majlis tersebut seramai 120 orang peserta Program Basmi Kemiskinan telah menerima sjil dan tool kits kursus. Kursus-kursus yang telah dijalankan semasa program tersebut ialah :

1.    Jahitan Pakaian Wanita               -    30 orang
2.    Solekan dan Dandanan               -    30 orang
3.    Gunting Rambut Lelaki/Wanita    -    30 orang
4.    Penternakan Lintah                    -    30 orang

   Majlis yang sama turut diadakan iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Inovasi Rekacipta dan Gimik GIATMARA Peringkat Negeri Sarawak. Pemenangnya ialah :

1.    Johan : (GIATMARA Saratok)
       Mohamad Hafizh Abd. Latif dan Mahadi Hamid
       Projek : PIS Safety Belt
2.    Naib Johan : (GIATMARA Sri Aman)    
       Norlailawati Mohamad Basuni dan Wan Asri Wan Akil
       Projek : Aircon Water Recycle
3.    Ketiga : (GIATMARA Kota Samarahan)
       Wan Nazarudin Wan Ahmad
       Projek : Emergency Power Supply

   Bagi pertandingan gimik pemenangnya ialah :

1.    Johan  :  Zon Tengah Sarawak
       Projek : Perasmian Produk Pelancongan
2.    Naib Johan  :  Zon Utara Sarawak    
       Projek : Perasmian Program Basmi Kemiskinan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi, Rekacipta
       dan Gimik GIATMARA Negeri Sarawak 2009
4.    Ketiga  :  Zon Tengah Sarawak
       Projek : Perasmian Kursus Fashion and Dressmaking
 

 
Icon G-SPel
 
e-Perolehan GIATMARA
 
Email Anggota Kerja GIATMARA
 
G-SPel Training

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login








Lost Password?
© 2009 GIATMARA Malaysia