Carian Kursus

Pengumuman

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sebutharga

Majlis Penyampaian Sijil Pelatih Selatan Thailand Sesi 1/2009


Majlis Penyampaian Sijil Pelatih Selatan Thailand

Pada 30 Julai 2009 telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Pelatih Selatan Thailand sesi 1/2009 bertempat di Plaza Hotel, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Muhammad Muhiyuddin Bin Hj. Abdullah, Pengerusi GIATMARA.

     Seramai 44 orang Pelatih Selatan Thailand telah berjaya menamatkan latihan yang terdiri dari GIATMARA Padang Besar, Jahitan Pakaian 5 orang dan Fabrikasi Logam 3 orang, GIATMARA Baling, Teknologi Bangunan 4 orang dan Jahitan Pakaian 6 orang, GIATMARA Arau, Teknologi Bangunan 3 orang, GIATMARA Machang, Jahitan Pakaian 5 orang, GIATMARA Tumpat, Teknologi Perabot 12 orang dan GIATMARA Jitra Fabrikasi Logam 6 orang.

    Program latihan kemahiran GIATMARA kepada belia-belia Selatan Thailand adalah inisiatif Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dalam usaha untuk meningkatkan tahap kemahiran para pelatih sekaligus membantu mereka mengubah taraf hidup samada melalui pekerjaan atau menjalankan perniagaan sendiri melalui bidang kemahiran yang diikuti.

      Mesyuarat Persediaan bagi The 5th Working Group Meeting of Malaysia-Thailand Committee on Joint Development Strategy for Border Areas (JDS)’ yang diadakan di Pejabat Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 13 Jun 2006 menetapkan GIATMARA untuk melatih seramai 50 orang belia Selatan Thailand.
 

 
Icon G-SPel
 
e-Perolehan GIATMARA
 
Email Anggota Kerja GIATMARA
 
G-SPel Training

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login








Lost Password?
© 2009 GIATMARA Malaysia