Carian Kursus

Pengumuman

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sebutharga

Majlis Pelancaran Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA Peringkat Negeri Sembilan


Majlis Pelancaran Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA Peringkat Negeri Sembilan

Pada 10 Julai 2009 jam 3.30 petang telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Majlis ini telah dilancarkan oleh Y.B Dato’ Hasan Bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    Taklimat khas juga telah disampaikan kepada exco-exco UMNO bahagian dan JKK seluruh Negeri Sembilan oleh Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Puan Meriyam Binti Abd. Majid berkenaan pendedahan Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA.

    Seramai 120 orang peserta telah mengambil bahagian dalam empat kursus yang telah dijalankan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Kursus-kursus yang telah dijalankan ialah :

1.    Jahitan Pakaian Wanita                         -    30 orang
2.    Pembuatan Coklat                                -    30 orang
3.    Penternakan Ikan Keli                           -    30 orang
4.    Solekan dan Andaman Pengantin           -    30 orang


 
Icon G-SPel
 
e-Perolehan GIATMARA
 
Email Anggota Kerja GIATMARA
 
G-SPel Training

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login








Lost Password?
© 2009 GIATMARA Malaysia