|
|
|
Majlis Pelancaran Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA Peringkat Negeri Perlis |
Majlis Pelancaran Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA Peringkat Negeri Perlis
Pada hari Ahad, 2 Ogos 2009 jam 9.00 pagi telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA Peringkat Negeri Perlis yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian Kangar.
Dalam program ini empat kursus telah dijalankan dari 2 hingga 7 Ogos 2009 bertempat di dua hotel berasingan iaitu Putra Brasmana Hotel dan Eagle Park Resort. Seramai 120 orang terlibat dalam program ini. Kursus-kursus yang dijalankan ialah :
1. Jahitan Pakaian - 30 orang 2. Kek dan Pastri - 30 orang 3. Gunting Rambut Lelaki - 30 orang 4. Solekan dan Dandanan - 30 orang |
|
|
|