Carian Kursus

Pengumuman

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sebutharga

Program Pakatan Bestari GIATMARA - PROTON

Pakatan Bestari GIATMARA - PROTON

Majlis Pakatan Bestari di antara GIATMARA dan PROTON telah diadakan pada 30 Julai 2009 jam 3.00 petang bertempat di GIATMARA JHEOA Damansara Damai. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie Bin Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.  Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd. Encik Mohamad Shukor Bin Ibrahim yang telah menyerahkan kereta PROTON JUARA kepada Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Puan Meriyam Binti Abd. Majid.

    Pada majlis tersebut, Proton Edar Sdn. Bhd. telah menyumbang sebanyak 10 buah PROTON JUARA manakala Proton R&D menyumbang 6 buah kenderaan terpakai pelbagai model, 40 unit enjin Campro, 6 unit enjin Reynolds dan 5 unit enjin Mitsubishi. Sumbangan tersebut adalah untuk kegunaan pelatih-pelatih menjalani latihan di GIATMARA.  Sebelum itu, PROTON telah menyumbang sebanyak 123 buah kenderaan terpakai Proton pelbagai model dan 18 buah enjin Campro. 

     Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan pihak PROTON telah menyumbang sebanyak 129 buah kereta, 40 unit enjin Campro, 6 unit enjin Reynolds dan 5 unit enjin Mitsubishi kepada GIATMARA.

    Program Pakatan Bestari antara GIATMARA dan PROTON telah dimeterai melalui satu perjanjian protokol pada 28 Jun 2008 di HICOM Industrial Estate, Shah Alam, Selangor. Melalui Pakatan Bestari tersebut, GIATMARA juga menghantar pelatih-pelatih untuk menjalani latihan industri di kilang PROTON.

     Seramai 189 orang pelatih (kumpulan pertama) telah dihantar untuk menjalani latihan industri selama empat bulan di kilang PROTON di Tanjung Malim. Sepanjang latihan tersebut, pelatih-pelatih GIATMARA telah diberikan kemudahan elaun latihan, tempat tinggal, pakaian seragam, kasut keselamatan, helmet keselamatan dan kupon makan ketika menjalani latihan industri tersebut.

   Kini, GIATMARA bakal menghantar lagi seramai 112 orang pelatih (kumpulan kedua) untuk menjalani latihan industri di kilang PROTON bertempat di Shah Alam dan Tanjung Malim.  


 

 
Icon G-SPel
 
e-Perolehan GIATMARA
 
Email Anggota Kerja GIATMARA
 
G-SPel Training

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login








Lost Password?
© 2009 GIATMARA Malaysia