|
|
|
Konvensyen Tenaga Pengajar GIATMARA 2009 |
Konvensyen Tenaga Pengajar GIATMARA 2009
Konvensyen Tenaga Pengajar GIATMARA 2009 telah berlangsung pada 27 hingga 29 Julai 2009 yang lalu. Konvensyen inberlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur. Konvensyen ini yang bertemakan “Ke Arah Pensijilan Profesional” telah dihadiri seramai 1097 orang Tenaga Pengajar. Objektif Konvensyen Tenaga Pengajar ini ialah :
1. Memberi taklimat tentang program-program semasa yang sedang dan akan dijalankan serta berkongsi idea dalam pengwujudan program baru selaras dengan perkembangan semasa dan perubahan teknologi.
2. Berbincang tentang inisiatif dan peranan GIATMARA dalam membangunkan sistem latihan teknikal dan vokasional dengan lebih berkesan terutamanya ketika berhadapan dengan situasi ekonomi yang tidak stabil.
3. Memberi pendedahan tentang dimensi baru sistem latihan GIATMARA dan hasrat pengurusan supaya dapat direalisasikan diperingkat pelaksana.
4. Mendapat maklumbalas serta input daripada pengajar tentang permasalahan yang dihadapi di peringkat pusat latihan masing-masing.
|
|
|
|