Carian Kursus

Pengumuman

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sebutharga

Majlis Perasmian Ekspo Sulaman Warisan Sepanjang Zaman GIATMARA 2009

Majlis Perasmian Ekspo Sulaman Warisan Sepanjang Zaman GIATMARA 2009

MENARIK dan penuh berseni. Ungkapan yang boleh menggambarkan rekaan sulaman kerawang pada Baju Kurung dan Kebaya, Sulaman Riben pada Kusyen dan Kraftangan pada Majlis Pelancaran Ekspo Sulaman Warisan Sepanjang Zaman GIATMARA 2009 baru-baru ini.

Ekspo Sulaman Warisan Sepanjang Zaman GIATMARA 2009 telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Hasan Bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 24 Jun 2009 jam 11.00 pagi di Ruang Legar Bangunan Medan MARA, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, pertukaran MoU di antara GIATMARA Sdn. Bhd dan Caely Holdings Bhd, Body Fashion (M) Sdn. Bhd, Weldings Industries (Malaysia) Sdn. Bhd dan Penyerahan Cek sumbangan GIATMARA Sdn. Bhd untuk Tabung GAZA kepada Y.Bhg. Datuk Ahmad Zaki Bin Zahid, Pengerusi Biro Antarabangsa atau Aman Malaysia turut diadakan dan disaksikan oleh Y.B Dato’ Hasan Bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Bagi menyerikan majlis, satu pertunjukan fesyen sulaman pada Baju Kurung dan Kebaya daripada Tenaga Pengajar GIATMARA telah berjaya menarik perhatian penonton dan juri. Seramai 18 orang Tenaga Pengajar Fashion and Dressmaking telah mengambil bahagian. Hakim yang terlibat ialah Puan Rosita Jaafar dari Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd, Puan Salbiah Taib dari Jalur Gemilang Collection Enterprise, Puan Hajjah Norehan Kassim dari Kelopak Gallery, Cik Siti Mazlinah Chick dari Yayasan Budi Penyayang dan Puan Norhayati Yusuf dari WHY SHA’S Talent Management Sdn. Bhd.

Pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM1000.00, sebuah mesin jahit high speed, buku tajaan Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. dan sijil penghargaan. Tempat kedua membawa pulang wang tunai RM750.00, buku tajaan Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd, sijil penghargaan dan sebuah mesin sulam berjenama Janome. Tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM500.00, hamper tajaan Pusat Latihan dan Kraftangan Epal, buku tajaan Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. dan sijil penghargaan. Bagi Anugerah Khas Juri pula pemenang akan membawa pulang hamper alat-alat jahitan tajaan Pusat Latihan dan Kraftangan Epal, buku tajaan Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. dan sijil penghargaan.

Ekspo tiga hari yang bermula dari 24 hingga 26 Jun 2009 mempamerkan pelbagai hasil kerja sulaman bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai sulaman. Antara program-program yang telah dirancangkan adalah Demo Sulaman Riben, Sulaman Mesin U 20 dan Sulaman Nyonya daripada Tenaga Pengajar GIATMARA Kursus Fashion and Dressmaking, Pameran dan Jualan Buku daripada Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd, Jualan Produk Sulaman daripada Usahawan Lepasan GIATMARA, Demostrasi Sulaman dan mesin sulaman daripada Elestar Sdn. Bhd. dan Pusat Latihan dan Kraftangan Epal.

TAHNIAH kepada semua pemenang yang telah berjaya dan TERIMA KASIH kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.


 
Icon G-SPel
 
e-Perolehan GIATMARA
 
Email Anggota Kerja GIATMARA
 
G-SPel Training

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login








Lost Password?
© 2009 GIATMARA Malaysia