Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :
1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.
2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .
3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.
Sebutharga
Majlis "Merintis Kecemerlangan, Menjulang Wawasan, Menyambung Warisan"
Majlis “Merintis Kecemerlangan, Menjulang Wawasan, Menyambung Warisan”
Satu majlis bertemakan “Merintis Kecemerlangan, Menjulang Wawasan, Menyambung Warisan”, telah diadakan di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur pada 21 Mei 2009 jam 2.00 petang. Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan pelajar dan Tenaga Pengajar IPMA (Institut Pendidikan MARA) yang telah mengharumkan nama MARA dan Malaysia dalam beberapa pertandingan dan peperiksaan bagi tahun 2009. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. GIATMARA telah menerima penghargaan menerusi 22 orang Tenaga Pengajarnya. Pada Malaysia Technology Expo 2009 dari 19 hingga 21 Februari 2009, seramai 7 orang telah mendapat pingat, keseluruhannya gangsa. Melalui 37th International Exhibition of Inventions : New Technique and Products, Geneva dari 1 hingga 5 April 2009 seramai 2 orang telah mendapat pengiktirafan pingat gangsa semasa pameran tersebut. Pada April 2009 satu pertandingan kemahiran antara Institusi Kemahiran di Malaysia iaitu Pertandingan MySkills, 10 orang telah mendapat pingat dalam pertandingan tersebut. Lebih manis lagi seorang Tenaga Pengajar dari GIATMARA Ipoh Timur telah mendapat pingat Platinum dan dianugerahkan Best of Nation dari Perdana Menteri Malaysia sempena Sambutan Hari Pekerja 2009 baru-baru ini. Anugerah Belia Negara yang berlangsung pada 16 Mei 2009, seorang Tenaga Pengajar GIATMARA telah mendapat anugerah dalam Kategori Kemahiran dan Inovasi. Terbaru berlangsung 15 hingga 17 Mei 2009 di Kuala Lumpur Convention Centre, 2 orang Tenaga Pengajar GIATMARA telah mendapat pingat di Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2009). Syabas dan tahniah kepada semua Tenaga Pengajar dari seluruh warga kerja GIATMARA.