Carian Kursus

Pengumuman

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sebutharga

Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA ke Aceh


Lawatan Kerja Bagi Program Latihan GIATMARA di Aceh, Indonesia

    GIATMARA telah mengadakan lawatan kerja ke Aceh, Indonesia pada 16 hingga 18 Mei yang lalu. Lawatan ini telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Puan Meriyam Abd. Majid dan disertai oleh Pegawai Perhubungan Korporat, Puan Asma Laini Mohamed Asary.
    Tempat yang dilawati ialah Pesantren Al-Falah Komplek Pesantren Al-Falah Desa Lamjampok Kecamatan Ingin Jaya Kabupaten Aceh Besar dan Pesantren Babun Najah Jalan Kebon Raja Gampoeng Doy Kecamatan Ulee Kareng Kota Banda Aceh.
       Lawatan ini bertujuan mewujudkan jaringan kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membantu mangsa/kumpulan yang ditimpa musibah tsunami di Aceh dalam bentuk program latihan kemahiran daripada GIATMARA.
     Program ini bakal bermula Julai 2009 dan akan berlangsung dalam jangkamasa 3 tahun (2009-2012). Ia memberi  tumpuan  kepada  anak-anak  yatim/miskin akibat musibah/bencana tsunami yang telah melanda Aceh pada 26 Disember 2004. Program Latihan Kemahiran yang bakal dijalankan bertempat di Pesantren Al-Falah dan Babun Najah. Kursus yang dicadangkan adalah Kursus Jahitan Pakaian dan Teknologi Perabot dan Rekaan Dalaman.
    Program ini bertujuan memberi peluang pembelajaran latihan kemahiran secara praktikal (hands-on).  Melalui pendekatan ini, kursus yang sesuai dengan keperluan industri dapat dikenalpasti dan dilaksanakan bagi memberi pengalaman dan kemahiran yang akan meningkatkan peluang belia-belia mangsa tsunami di Aceh mendapat pekerjaan ataupun menjalankan perniagaan.
    Selain daripada itu, GIATMARA berhasrat untuk memberi peluang kepada 7 orang pelajar lelaki dari Pesantren Al-Falah mengikuti latihan di bidang Teknologi Automotif, Teknologi Motosikal dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara yang mempunyai prospek di Aceh pada masa ini dan akan datang.

 
Icon G-SPel
 
e-Perolehan GIATMARA
 
Email Anggota Kerja GIATMARA
 
G-SPel Training

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login








Lost Password?
© 2009 GIATMARA Malaysia