Carian Kursus

Pengumuman

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

1. Muat turun di laman web www.giatmara.edu.my.

2. Datang sendiri ke setiap GIATMARA berhampiran .

3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Sebutharga

Majlis Penutup & Penyampaian Sijil Basmi Kemiskinan


Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Siji Program Pembasmian Kemiskinan GIATMARA

     Satu Majlis Perasmian dan Penutup Penyampaian Sijil Program Pembasmian Kemiskinan telah diadakan pada 18 April 2009 yang lalu bertempat di Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Hassan Bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ini adalah program pertama GIATMARA di bawah Kementerian yang baru.
    Sebanyak 5 kursus telah berlangsung dari 13 April hingga 18 April 2009 iaitu Kursus Pembuatan Coklat seramai 33 orang, Kursus Jahitan Pakaian Wanita seramai 30 orang, Kursus Solekan & Andaman Pengantin seramai 30 orang, Kursus Penanaman Fertigasi Cili seramai 31 orang dan Kursus Penternakan Ikan Keli Secara Komersial seramai 21 orang.
     Program ini adalah satu program trak pantas bagi menjana pendapatan kerana sebaik sahaja selesai mengikuti kursus-kursus tersebut, para peserta akan dibekalkan alatan asas atau basic tools untuk memulakan pekerjaan atau memulakan perniagaan.

Koleksi Gambar Sepanjang Majlis Perasmian & Penutup Program Basmi Kemiskinan


 
Icon G-SPel
 
e-Perolehan GIATMARA
 
Email Anggota Kerja GIATMARA
 
G-SPel Training

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Login








Lost Password?
© 2009 GIATMARA Malaysia