|
|
|
Persaraan Encik Ismail Bin Wahid |
|
Disediakan oleh Jabatan Perhubungan Korporat
|
|
Majlis Persaraan En. Ismail bin Abd Wahid, Ketua Jabatan Perhubungan Korporat GIATMARA
Satu Majlis Penghargaan telah diadakan sempena persaraan Encik Ismail bin Abd. Wahid, Ketua Jabatan Perhubungan Korporat GIATMARA di ruang legar Ibu Pejabat GIATMARA pada pukul 3.00 petang 30 April 2009. Beliau telah mula berkhidmat dengan GIATMARA sejak 3 Januari 2005. Dalam tempoh 4 tahun 4 bulan berkerja dengan GIATMARA, beliau telah menunjukan dedikasi yang tinggi dalam menjalankan tugas.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Puan Hajjah Meriyam bt Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA dan seluruh anggota kerja GIATMARA Ibu Pejabat. Bagi pihak GIATMARA Sendirian Berhad, Puan Hajjah Meriyam mengucapkan selamat bersara dan terima kasih atas khidmat yang telah dicurahkan oleh Encik Ismail terhadap GIATMARA Sendirian Berhad. |
|
|
|