LAWATAN KERJA PN. MERIYAM, CEO GIATMARA KE BUMI KENYALANG



Selama 10 hari, Pejabat Negeri, Kursus 1Azam, 12 buah GIATMARA iaitu (1/3) dari jumlah keseluruhan GIATMARA Sarawak, dan lawatan kerja dalam bulan Ramadhan al-Mubarak termasuk lawatan ke kawasan luar bandar.

Ketahanan mental? compulsory!.

Ahad 29 Julai 2012 Kak Yam, CEO GIATMARA bersama Dato' Rosnah Majid memulakan perjalanan daripada KLIA menuju ke Kuching, Sarawak. Antara GIATMARA yang dilawati oleh CEO GIATMARA adalah Petra Jaya, Bandar Kuching, Sibuti, Kanowit, Selangau, Mukah, Igan, Sibu, Kapit, Belaga, Bintulu dan Miri.


Bermula hari pertama, kedua dan ketiga, perjalanan di bulan Ramadhan menggunakan perjalanan darat menggunakan kenderaan biasa tidak mencapai 'par' yang dapat menguji minda, walaubagaimanapun, cabaran bermula dalam perjalanan ke Kapit dimana tiada jalan darat menuju ke daerah Kapit. Hanyalah menggunakan Bot Express membelah Sungai Rejang, melawan arus selama 3 jam.

Sampai di Kapit disambut meriah oleh keluarga GIATMARA Kapit, mengingatkan kembali keperitan menggalas tugasan di luar kawasan bandar maju yang mencabar. Alhamdullilah kita semua senantiasa bersedia menyambut perkara-perkara yang dilontarkan para pemimpin kita untuk kita sama-sama maju membangun, sama-sama mencurahkan bakti kepada semua tidak kira dipelusuk dunia sekalipun.

5 jam melawan arus, membelah jeram yang penuh dengan batu-batu tajam yang telahpun terbukti mengaramkan beberapa bot tunda besar serta bot penumpang untuk ke Belaga. Bot Ekspres kecil berjaya membawa Kak Yam serta dan pengiring-pengiring ke Daerah Belaga.

Jauh di tengah Sarawak, berbekalkan kata-kata azimat, "1 Insan, 1 Kemahiran", komitmen GIATMARA dalam membantu negara dengan menjadi agensi yang melahirkan tenaga kerja mahir mampu menitiskan air mata apabila melihat kesusahan rakan-rakan yang tidak pernah jemu menjalankan tugas, walaupun perlu mengharung minimum sembilan (9) jam perjalanan bot atau meredah hutan belantara berjam-jam menggunakan jalan darat menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Tiada keindahan keselesaan jalan raya menuju ke Belaga, hanya lambungan sepanjang perjalanan membuai penumpang sehingga ke Empangan Bakun.

Melihat keindahan kejuruteraan Empangan Bakun menyuntik lagi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa berdaya saing untuk lebih maju. Kemajuan yang dibina, dilaburkan di Sarawak hanya menguatkan lagi slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Keistimewaan perjalanan bersama Kak Yam dikongsi bersama semua anggota kerja apabila dijemput "Singgah Sahur di Dapur CEO" setiap hari. Keenakan serta keberkatan bersahur oleh CEO tersayang mengeratkan lagi silaturrahim antara anggota kerja.

Syabas dan Terima Kasih Bumi Kenyalang yang banyak memberi insight, mengingatkan kita bahawa, tiada kejayaan tanpa usaha. Komitmen semua anggota amat dihargai, sekali lagi, teruskan usahamu, jangan menyerah kalah, berpantang maut sebelum ajal.

Terima kasih Sarawak!