TOT & SKILLS UPGRADING PROGRAM



Training Of Trainers (TOT) And Skills Upgrading Program For Management & Trainers Vocational Training And Entrepreneurs Centre (VTEC), Khartoum, Sudan

Program ini adalah usahasama antara GIATMARA dan PETRONAS di mana program TOT telah dilaksanakan di VTEC, Khartoum, Sudan bermula pada 25 September 2011 hingga 26 Disember 2011. Seramai 30 orang Anggota Kerja VTEC yang terdiri daripada 5 orang Bahagian Pentadbiran dan 25 orang Tenaga Pengajar telah di beri latihan sebagai Pegawai Latihan Vokasional oleh 3 orang Anggota Kerja GIATMARA iaitu En. Kusyaimir Abdol Moin, En Mohamad Rosly Talib dan En Zaidi Md Desa.

Pada 28 Disember 2011, seramai 30 orang Anggota Kerja VTEC tersebut telah sampai ke Malaysia untuk menjalani Skills Upgrading Program. Mereka telah di sambut oleh "Kak Yam" (KPE GIATMARA) di KLIA dan terus di bawa ke Kuala Terengganu (KT) dengan diiringi oleh En. Kamaruzzaman Ani (Ketua Unit STU) dan En. Nasiruddin Mohamad (Pegawai Kurikulum PKL). Ketibaan kumpulan ini di KT telah disambut oleh En. Ahmad Nadzri Yahya (Pengurus Besar GIATMARA Negeri Terengganu), Pn. Renie Kasriana Kaman (Pengurus PGM Bt. Rakit), En Mansor Husin (PPI) dan En. Mohd Fekeri Bidin (TP Kanan 1 PGM Bt. Rakit).

Pada 29-31 Disember 2011, mereka akan menjalani Program Keluarga Angkat di Homestay Teluk Ketapang KT bagi mempelajari budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia dan pada 1-21 Januari 2012 mereka akan menjalani Skills Upgrading Program di beberapa PGM di GMN Terengganu iaitu:

1. PGM Setiu
    a) 4 orang bidang Binaan Bangunan
    b) 4 orang bidang Pemasangan Paip Domestik

2. PGM Bt. Rakit
    a) 5 orang Bahagian Pengurusan Latihan
    b) 8 orang bidang Teknologi Automotif

3. PGM Kemaman
    a) 4 orang bidang Teknologi Welding
    b) 4 orang bidangTeknologi Elektrik
    c) 1 orang bidangTeknologi Air-Conditioning)

Pada 22-28 Januari 2012 mereka akan meneruskan latihan di INSTEP PETRONAS dan dijangka pulang ke Sudan pada 29 Januari 2012.