GIATMARA sekali lagi melakar sejarah apabila memeterai memorandum persefahaman bersama Kementerian Pelajaran Malaysia pada 6 Januari 2011. Majlis gemilang tersebut menyaksikan pertukaran MOU diantara GIATMARA yang diwakili oleh Hjh Meriyam Abd. Majid dan turut disaksikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

10 agensi lain turut terlibat dengan pelan tranformasi pendidikan vokasional ini. GIATMARA sendiri telah memulakan projek rintis bersama 15 buah sekolah menengah harian pada April 2011 yang lalu.