Wednesday, October 19, 2011

Pencarian Sehebat Chef di Akademi Seni Kulinari Chef Liza


Pada 3hb Oktober 2011 yang lalu, GIATMARA Parit telah menghantar pelatih dari kursus Confectionary & Bakery ke Pertandingan Pencarian Sehebat Chef di Akademi Seni Kulinari Chef Liza 2011 yang dianjurkan oleh Chef Liza. Pertandingan tersebut adalah untuk mencari bakat - bakat baru dalam bidang masakan. Pelatih dari GIATMARA Parit Muhammad Hanif dan Muhammad Zulhilmy yang mewakili kumpulan Jintan Manis telah berjaya melayakan diri ke peringkat akhir dan mendapat tempat kedua. Rancangan yang diterbitkan oleh RTM dan Astro itu adalah Pertandingan Reality Show dimana penyingkiran akan berlaku setiap masa yang ditetapkan. Pertandingan ini juga sama seperti rancangan Reality Show yang lain cuma tiada undian boleh dibuat. Kesemua peserta yang berjaya ke final adalah 15 kumpulan yang terdiri dari IPTA dan IPTS. Syabas diucapkan!